Sunday, October 7, 2012

Student Life

Hampir sebulan aku telah menjadi mahasiswi separuh masa UTM...hehehe...dan alhamdulillah kelas dan kawan-kawan sekelas pun ok...walaupun tak kenal hampir satu kelas sebab ramai sgt tp tau la diaorg kelas aku....hehe...mcm bese kalo dah nama nya kos yg byk membaca dah tentu-tentunya ramai perempuan daripada lelaki kan...x kisah lah lelaki skit pun tapi ada lah juga lelaki dalam kelas aku nak plak ada sorang mamat ni yang mmg terkenal dengan soalan2 yang kekadang mmg kelakar....org kata biarlah sbb dia pun "penyeri" kelas...kalo tak de dia tak de lak org lain nak bertanya apa2 kat lecturer termasuk la aku....hehehe

Tetiba hari ini aku rasa terpanggil nak tulis kat blog tentang salah satu topik atau lebih senang aku cakap teori yg aku blaja arini....topik arini tingkahlaku pekerja dan pengaruh pekerja dan salah satu teori yang aku blaja adalah teori Maslow's. Dalam teori Maslow's, ada 5 kategori keperluan iaitu :  1) physiological 2) safety and security 3)love 4)status and esteem 5)self actualization. Lecturer terangkan kepada kami satu persatu keperluan dalam teori ini dan aku faham apa yang lecturer sampaikan. Bagi keperluan 1 hingga 3 kita perlukan duit untuk kehidupan manakala bagi mereka yang berada di keperluan 4 dan 5 mereka tidak perlukan duit dalam kehidupan tapi memerlukan benefit lain sebagai pelengkap atau ganjaran. Oleh itu, lecturer menyuruh kami identify kami di keperluan yang mana...so majoriti antara kami adalah keperluan 1 hingga 3....lecturer gak ada tanyakan apakah matlamat kami amik ijazah...rata2 yang bagi jawapan mestilah untuk kenaikan pangkat dan dapat meningkatkan taraf hidup..lecturer ada gak ckp bahawa ada juga yang sambung blaja utk kepuasan diri sendiri di samping dapat berjumpa kawan2 dan menyibukan diri...terus aku tersentak dan terfikir matlamat aku....yup memang matlamat sambung blaja utk meningkatkan taraf hidup tetapi memandangkan usia aku ni da mencecah ke angka 3 dan insya Allah aku akan grad dalam 4 atau 5 thn lagi...so aku tak nmpk lagi yg aku boleh pergi jauh...maksud aku jawatan Pegawai..aku boleh sampai ke Penolong Pegawai Tadbir tapi kuasa Allah tak de siapa yang tahu kan. Banyak matlamat aku sambung blaja selain daripada meningkatkan taraf hidup...ini juga salah satu medan untuk aku menyibukkan diri di hujung minggu dan hari2 biasa...jujurnya aku 'stress' bila isu kawin /pasangan ditimbulkan...jujurnya juga aku masih ada rasa kecewa dengan semua relationship aku...bagi mengelak kan daripada itu smua aku nekad utk teruskan apa yang telah aku plan dari dulu iaitu sambung blaja walaupun agak lewat juga daripada plan asal...huhuhu...boleh juga dikatakan aku sambung blaja ni utk kepuasan diri sendiri...rasa diri tercabar bila sepupu-sepupu aku ada degree dan ini juga salah satu impian dan planning asal aku dengan bekas tunang aku dulu...aku dgn dia pernah janji utk sambung blaja after kawin...dia sambung master aku sambung degree..walau pun antara kami tak de jodoh, tapi dia masih teruskan impian dia utk sambung master dan tak silap aku thn depan insya Allah dia bis...itu juga antara sebab aku sambung blaja..alhamdulillah family bagi support, kawan2 juga...alhamdulillah juga aku dapat 'kurang'kan berfikir tentang mereka2 yg telah menyakiti dan mengecewakan aku walaupun tidak semudah yang disangka tapi agak tipis utk aku termenung atau berfikir tentang perkara itu...dalam kepala skang ni asyik fikir test dan assignment....  :)

Hope aku tak mensia-sia apa yang telah aku buat dan usahakan ini...selain tu aku juga nak tebus pointer masa diploma dulu....hahaha...diploma byk sgt main so result pun x bagus...walaupun degree ni agak susah dan perlukan pengorbanan aku akan cuba sehabis daya aku...semoga Allah memberkati setiap apa yang aku lakukan..amin