Saturday, April 21, 2012

Seperti Yang Diduga......

Peribahasa ada menyatakan "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Begitulah diibaratkan 'dia'. Sepandai-pandai 'dia' mempermainkan, mengkasanovakan diri, menipu akhirnya 'dia' terjerat dengan orang-orang yang 'dia' permainkan, menipu..Aku bersyukur kepada Allah kerana masih sayang aku dengan menyedarkan, menjauhkan aku dari 'dia' yang kejam.

Jujurnya aku tidak sangka apa yg aku rasa dari awal akhirnya itu lah yg terjadi dan malam ini terbongkar semua ttg 'dia' walaupun selama ni kebenarannya hanya 70% tp mlm ni terus naik ke 100%. Bukan aku sorang kena dgn 'dia' tp ada orang lain juga turut terkena dgn 'dia' dan org itu sangat truk dari apa yg aku kena...Syukur...syukur....saat aku dpt tau cite itu, aku berdebar dan bila perkara yg selama ni aku sangka dan fikirkan ia sebenarnya adalah realiti aku tak mampu untuk berkata-kata atau menangisi...untuk apa ditangisi pada org yg tak sedar di untung? untuk apa disedih pada org yg penipu?? untuk apa dikenang pada org yang kejam?? Sesungguhnya apa yg aku ketahui sebelum ni sememangnya terbentang di depan mata dan aku amat bersetuju kepada insan-insan yg berada dgn aku bahawa 'dia' bukanlah yg terbaik. aku nak pinjam ayat dari seorang 'kenalan' yang pernah memberi ayat tu kepada aku di saat aku cuba untuk bangun balik dari sakit dikecewakan, dipermainkan, diperbodohkan dan ditipu "jangan percaya dengan muka hensem". Terima kasih kepada 'kenalan' itu kerana 'kenalan' itu juga skit sebanyak telah menyedarkan aku dan telah membuatkan aku rasa sangat bersyukur tidak bersama 'dia' lagi. Apa yg pernah dimaklumkan kini terjadi di depan mata.

Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur pada Mu walau pun masih terasa sisa kesakitan, kesedihan namun aku tau itu semua DUGAAN dan UJIAN Mu kerana menyanyangi ku dan aku percaya ada hikmah di sebalik semuanya ini.

Kepada insan yang senasib dengan ku, aku doakan kau tabah dan kuat..Bersyukurlah kerana Allah juga masih sayang kau kerana itu DIA telah menunjukkan 'sesuatu' kepada kau sebelum kau merancang terlalu jauh perjalanan hidup bersama 'dia'. Memang susah untuk melupakan 'dia' tapi harus kuat untuk melawan perasaan itu..tega kah kau untuk meneruskan perhubungan itu sedangkan 'dia' tidak pernah berubah dan kau sendiri nampak dan tahu. Semoga Allah membalas apa yang telah 'dia' lakukan pada insan-insan senasib aku.