Wednesday, April 11, 2012

2011 - in memory




welcome back ishah....setahun gak la tak update cite sbb terlalu leka dengan keseronokan duniawi...huhuhu..and today aku kembali utk mencoret cite 2011 yg aku akan igt utk menjadikan ia sbg satu kenangan dan pengalaman....


2011 - first nak ckp terima kasih pd kawan-kawan ofis yg sering cuba utk kenalkan aku dgn orang yang dinamakan lelaki..aku faham niat baik mrk dan aku tidak salahkan mrk bila terjadi sesuatu pada hbgn itu (aku dan mr F). Oleh sbb aku pun da tulis mr F so aku truskan je la apa yg aku nak cite..let me describe skit ttg mr F ni...actually mr F ni da lama gak la di opis aku since 2009 tp aku tak rpt sgt dgn dia sekadar tegur bese2 je like officer n staff..hahhaa..good looking n fakta menarik adalah AKU TIDAK SUKA DIA dan aku mmepunyai sbb kenapa aku tidak suka dia. Akak di ofis cuba utk kenalkan aku dgn mr F lbh rapat lagi aku ok je..apa salahnya utk berkawan dan kenal org kan...mula tu mr F ni bese je dan dia penah ckp pada akak ofis aku ni yg dia tak nak komitmen, dia nak kuar dengan sesapa je yg dia suka..akak ofis ni sangat marah dgn statement dia itu dan sms pada aku (masa ni aku kursus di Lenggeng) supaya jgn kawan dgn mr F ni sbb dia mcm nak memainkan aku...tp aku bukan tak nak dgr ckp akak ni, bg aku kawan je la sbb aku tau expectation akak tu tinggi...akak tu mengharap agar mr F terima aku as a life partner..aku fhm niat akak tu tapi secara logik kita tak boleh paksa seseorang itu utk terima sesapa saja tanpa hati or diri dia sendiri merelakan...balik je dari kursus, mr F sms n call aku utk ckp pasal benda ini..dan dari situ lah bermula kisah aku dan mr F...dari ari itu dia bercerita ttg dia,bercerita ttg kesedihan, kerinduan, kehidupan dia slps apa yg berlaku pada rumahtangga dia. Aku menjadi pendengar dan cuba memberi semangat pada dia dan dia selesa bercerita dgn aku dan secara tidak langsung dia membahasakan diri dia abang dan dia panggil aku adik.

Hari berganti hari, masa berganti masa...kami semakin rapat sehinggakan aku pernah teman dia kat ofis sekiranya dia balik lambat dan kebetulan aku pun balik lambat. Sekiranya tak teman dia di ofis, kami akan keluar minum selepas office hour itu pun bukan berdua dan yang pasti kawan-kawan aku menjadi mangsa peneman kami. Katanya nak elak dari fitnah orang. Di awal perkenalan semuanya indah semuanya sanggup, semuanya ingat....birthday aku siap bagi kad n wish awal lagi sbb dia kene outstation masa tu...boleh call aku mlm birthday aku..confirm la aku terharu. SMS, Call usah ckp la mmg always....mengalahkan orang bercinta sedangkan hbgn kami adalah abg N adik. Perlu ke seorang abang rasa jeles pada adik dia bila tahu kawan baik adik dia (lelaki) celebrate birthday adik dia??? hahaha....yes mr F jeles bila kawan baik aku celebrate birthday aku sehingga aku ignore kawan aku tu..mmg rasa sgt tak adil dan kejam aku buat kawan aku mcm tu. Merajuk la gak kawan aku tu dan aku rasa smpi skang dia igt.

Walau sering berjumpa or terjumpa di ofis tapi keluar tetap keluar slps office hour..tak kisah masa itu dia sesibuk mana, sesusah mana sanggup utk berjumpa aku sehingga nak gi smayang zohor pun (ofis) sms aku supaya leh arr terjumpa di surau n borak skejap...tapi panas yang diharap smpi ke petang, rupanya hujan di tengahari..begitulah hbgn aku dgn mr F.

Ogos 2011 puncanya aku tidak mengupdate pada dia yg aku keluar dan kebetulan masa itu dia sms dan aku pun lmbt reply n dia call aku jawab n dia dpt tau aku di luar dan dia sgt marah. Marah sbb aku tak bgtau dia yg aku keluar dan dia ckp aku tak reti menghargai dan tidak rasa dia penting dalam hidup aku. Tanpa dia sedar, dia pun tak pernah menghargai aku dalam hidup dia. Sekiranya dia hargai aku dalam hidup dia, dia tak akan cancel 'appoinment' aku da setkan utk celebrate birthday dia walaupun sbb yg di'cancel' itu adalah sbb minat dia. Kebetulan bulan ni bulan puasa, dari awal puasa aku ajak dia berbuka puasa sama tapi ada je alasan dari dia...sehinggalah aku dapat tahu dia berbuka puasa dgn staf psh - Pekerja Sambilan Harian. Staff PSH dia ni cantik la gak org trg..dia tak keluar berdua tapi bertiga dan yang pasti seorang lagi itu menjadi kambing hitam pada mereka...lps berbuka puasa boleh berjalan-jalan di Alamanda...sangat sakit bila tahu itu semua dan aku ingat sampai sekarang. Tak cukup dengan itu, masa budak tu berhenti leh kuar lunch ramai-ramai..aku pun tak pernah dapat begitu. Keadaan ini berterusan sehingga Disember 2011. Hubungan kami tak serapat dulu. Apa yg pernah dia kata pada aku baik dari sms or phone sekarang ni hanya tgl kenangan. Hbgn kami bukan sekadar abg N adik tapi bila terlalu byk benda berlaku antara kami dan tidak serapat dulu dia telah menetapkan aku adalah ADIK. Sekarang ni pun aku dah tau background dia dulu mcm mana dan siapa dia sebenarnya. Jujurnya mmg susah untuk terima 'perpisahan' ini tapi aku tau aku kene tglkan, lupakan dia walaupun susah. Even skang ni pun dia masih panggil aku ADIK dan bhskan dia ABANG.

Cite ni ringkasan dari kisah cite yang panjang. Apa yang boleh aku katakan bila kata-kata makian telah dikeluarkan, bila setiap apa yg aku buat tidak dihargai, sudah tiba masanya utk aku mengundurkan diri dari hidup dia demi mencari sebuah kehidupan yang baru. Menyesal, marah, rindu, benci, sayang semuanya ada tapi aku perlu kuat utk hadapi semua ini krn dia bukan untuk aku.