Wednesday, April 11, 2012

2011 - in memory




welcome back ishah....setahun gak la tak update cite sbb terlalu leka dengan keseronokan duniawi...huhuhu..and today aku kembali utk mencoret cite 2011 yg aku akan igt utk menjadikan ia sbg satu kenangan dan pengalaman....


2011 - first nak ckp terima kasih pd kawan-kawan ofis yg sering cuba utk kenalkan aku dgn orang yang dinamakan lelaki..aku faham niat baik mrk dan aku tidak salahkan mrk bila terjadi sesuatu pada hbgn itu (aku dan mr F). Oleh sbb aku pun da tulis mr F so aku truskan je la apa yg aku nak cite..let me describe skit ttg mr F ni...actually mr F ni da lama gak la di opis aku since 2009 tp aku tak rpt sgt dgn dia sekadar tegur bese2 je like officer n staff..hahhaa..good looking n fakta menarik adalah AKU TIDAK SUKA DIA dan aku mmepunyai sbb kenapa aku tidak suka dia. Akak di ofis cuba utk kenalkan aku dgn mr F lbh rapat lagi aku ok je..apa salahnya utk berkawan dan kenal org kan...mula tu mr F ni bese je dan dia penah ckp pada akak ofis aku ni yg dia tak nak komitmen, dia nak kuar dengan sesapa je yg dia suka..akak ofis ni sangat marah dgn statement dia itu dan sms pada aku (masa ni aku kursus di Lenggeng) supaya jgn kawan dgn mr F ni sbb dia mcm nak memainkan aku...tp aku bukan tak nak dgr ckp akak ni, bg aku kawan je la sbb aku tau expectation akak tu tinggi...akak tu mengharap agar mr F terima aku as a life partner..aku fhm niat akak tu tapi secara logik kita tak boleh paksa seseorang itu utk terima sesapa saja tanpa hati or diri dia sendiri merelakan...balik je dari kursus, mr F sms n call aku utk ckp pasal benda ini..dan dari situ lah bermula kisah aku dan mr F...dari ari itu dia bercerita ttg dia,bercerita ttg kesedihan, kerinduan, kehidupan dia slps apa yg berlaku pada rumahtangga dia. Aku menjadi pendengar dan cuba memberi semangat pada dia dan dia selesa bercerita dgn aku dan secara tidak langsung dia membahasakan diri dia abang dan dia panggil aku adik.

Hari berganti hari, masa berganti masa...kami semakin rapat sehinggakan aku pernah teman dia kat ofis sekiranya dia balik lambat dan kebetulan aku pun balik lambat. Sekiranya tak teman dia di ofis, kami akan keluar minum selepas office hour itu pun bukan berdua dan yang pasti kawan-kawan aku menjadi mangsa peneman kami. Katanya nak elak dari fitnah orang. Di awal perkenalan semuanya indah semuanya sanggup, semuanya ingat....birthday aku siap bagi kad n wish awal lagi sbb dia kene outstation masa tu...boleh call aku mlm birthday aku..confirm la aku terharu. SMS, Call usah ckp la mmg always....mengalahkan orang bercinta sedangkan hbgn kami adalah abg N adik. Perlu ke seorang abang rasa jeles pada adik dia bila tahu kawan baik adik dia (lelaki) celebrate birthday adik dia??? hahaha....yes mr F jeles bila kawan baik aku celebrate birthday aku sehingga aku ignore kawan aku tu..mmg rasa sgt tak adil dan kejam aku buat kawan aku mcm tu. Merajuk la gak kawan aku tu dan aku rasa smpi skang dia igt.

Walau sering berjumpa or terjumpa di ofis tapi keluar tetap keluar slps office hour..tak kisah masa itu dia sesibuk mana, sesusah mana sanggup utk berjumpa aku sehingga nak gi smayang zohor pun (ofis) sms aku supaya leh arr terjumpa di surau n borak skejap...tapi panas yang diharap smpi ke petang, rupanya hujan di tengahari..begitulah hbgn aku dgn mr F.

Ogos 2011 puncanya aku tidak mengupdate pada dia yg aku keluar dan kebetulan masa itu dia sms dan aku pun lmbt reply n dia call aku jawab n dia dpt tau aku di luar dan dia sgt marah. Marah sbb aku tak bgtau dia yg aku keluar dan dia ckp aku tak reti menghargai dan tidak rasa dia penting dalam hidup aku. Tanpa dia sedar, dia pun tak pernah menghargai aku dalam hidup dia. Sekiranya dia hargai aku dalam hidup dia, dia tak akan cancel 'appoinment' aku da setkan utk celebrate birthday dia walaupun sbb yg di'cancel' itu adalah sbb minat dia. Kebetulan bulan ni bulan puasa, dari awal puasa aku ajak dia berbuka puasa sama tapi ada je alasan dari dia...sehinggalah aku dapat tahu dia berbuka puasa dgn staf psh - Pekerja Sambilan Harian. Staff PSH dia ni cantik la gak org trg..dia tak keluar berdua tapi bertiga dan yang pasti seorang lagi itu menjadi kambing hitam pada mereka...lps berbuka puasa boleh berjalan-jalan di Alamanda...sangat sakit bila tahu itu semua dan aku ingat sampai sekarang. Tak cukup dengan itu, masa budak tu berhenti leh kuar lunch ramai-ramai..aku pun tak pernah dapat begitu. Keadaan ini berterusan sehingga Disember 2011. Hubungan kami tak serapat dulu. Apa yg pernah dia kata pada aku baik dari sms or phone sekarang ni hanya tgl kenangan. Hbgn kami bukan sekadar abg N adik tapi bila terlalu byk benda berlaku antara kami dan tidak serapat dulu dia telah menetapkan aku adalah ADIK. Sekarang ni pun aku dah tau background dia dulu mcm mana dan siapa dia sebenarnya. Jujurnya mmg susah untuk terima 'perpisahan' ini tapi aku tau aku kene tglkan, lupakan dia walaupun susah. Even skang ni pun dia masih panggil aku ADIK dan bhskan dia ABANG.

Cite ni ringkasan dari kisah cite yang panjang. Apa yang boleh aku katakan bila kata-kata makian telah dikeluarkan, bila setiap apa yg aku buat tidak dihargai, sudah tiba masanya utk aku mengundurkan diri dari hidup dia demi mencari sebuah kehidupan yang baru. Menyesal, marah, rindu, benci, sayang semuanya ada tapi aku perlu kuat utk hadapi semua ini krn dia bukan untuk aku.

Thursday, September 2, 2010

Luahan rasa

Adakah aku yang MEMILIH?? Bukan tak de org yg nak kenal ngan aku..tak kurang gak kawan-kawan cuba mencari aku kenalan malah ada gak aku berkenalan sendiri tapi ntahla aku pun tak pasti dengan diri aku...apa yang tak kenanya...apa yg aku rasa adalah "KETIDAKSELESAAN" bila berkenalan ngan org2 yang baru. Apa yang aku dpt dari persoalan tentang itu, 1st aku cuba untuk tidak menjadi SEPERTI DULU..maksudnya di sini, if waktu bekerja / waktu tido ada msg or panggilan daripada "org baru", aku mmg tak akan pick up phone..msg tu akan jawab la tapi tak akan slalu...aku tak mau ajar "org baru" tu berkomunikasi dengan aku during office hour n time tido....aku wat mcm tu ada sbb musabahnya...ini smua kerana aku tak mau bila time aku very very the busy ada msg/call yg tak jawab dan ini akan menimbulkan kemarahan pada pihak tersebut dan secara tidak langsung kemarahan tu akan terlepas kepada aku..bagi mengelakkan kemarahan tu dari terus membara sebelum kata-kata makian aku dpt better aku tetap dan tekadkan hati aku untuk berbuat demikian...lebih baik aku selamatkan HATI & PERASAAN aku dulu dari org lain yang membunuhnya...

2nd, aku skang da tak berapa nak selesa bila ada keluar2 soalan yang tidak berapa matang or "stupid"...contohnya, nak marah aku..marah je tapi tak yah la nak marah dalam BAHASA INGGERIS tapi ayat tersebut adalah ayat Bahasa Melayu yang di translate dalam Bahasa Inggeris (mengalahkan budak tadika buat citer dlm Bahasa Inggeris)...aku bukan nak memperlekehkan atau mengutuk...aku sendiri pun tak de la terror sgt berbahasa Inggeris..tapi yang ini mmg betul2 nampak "stupid"....satu lagi perkara aku tidak suka org desak or paksa aku...if aku ckp aku TAK NAK means aku mmg TAK NAK....tapi mengapa la mamat-mamat yang aku kenal KURANG FAHAM BAHASA??? aku da ckp sehabis baik dah....nanti aku ckp kasar terasa hati lak.....aku gak yg susah....huhu

3rd, bila usia da hampir ke angka 3 ni...aku tak suka la org nak kongkong or nak wat lawak2 bangang ni..(tp tgk gak la lawak bangang tu mcm mana) tapi setakat mamat-mamat yang aku kenal ni mmg lawak bodo nya tak leh nak blah langsung....aku bukannya nak yang hensem pun...cukup arr org tu besederhana, kerja tetap, faham aku, leh terima family aku, yang paling penting keselesaaan......

ermm....aku tak kisah kalo korang nak ckp aku sombong atau memilih...tapi itu la yg aku rasa skang....ketidakselesaan.....aku da cuba utk terima tapi setiap kali aku mencuba setiap kali tu la hati aku tidak dapat menerimanya....moga Allah mempertemukan seorang insan yang boleh membuatkan aku rasa hormat dan ada keselesaaan dan keserasian....amin

Friday, August 13, 2010

Happy Besday

Today is Arif's birthday.....ermmm tak tau arr nak wish ke tak....tapi da wish la kat FB....masih tak de kekuatan nak chit chat ngan dia lagi since terserempak kat BK aritu...Apa2 pun tetap mendoakan kebahagian dan kesejahteraan dia bersama family....Dr Arif Nasar Sulaiman, Happy Birthday yang ke 28...

Wednesday, July 21, 2010

Sekian Lama..

Selepas 8 thn barulah semlm aku terserempak ngan ARIF NASAR SULAIMAN...tak tahu nak ckp mcm mana..tapi finally doa dan harapan aku dimakbulkan walaupun agak lama....nmpk dia tua dari umurnya...tapi tak tercapai dek akal untuk aku menegur dia..tapi aku rasa dia nmpk aku...dia pun tak tegur...buktinya dia tulis kat wall FB aku. Cukupla sekadar terserempak ngan dia mcm tu je....itu pun yg aku harapkan dari dulu...walau selama mana pun jarak masa antara aku ngan dia, dia tetap akan aku igt dan kagum....biarlah 20 Julai 2010 tarikh keramat bagi diri aku setelah sekian lama aku menanti saat dan detik ini...Arif Nasar, awak la kekasih, kawan, teman yang baik dan byk mengajar saya suatu ketika dulu... :)

Tuesday, July 20, 2010

lalalalala

Bila la penderitaan ini akan berakhir??? bila kebahagian ini akan menjelma?? bilalah aku akan menjadi org yg tegas.....jgn bg org pijak kepala aku sewenang-wenangnya....ermm kekadang aku terpk gak aku baru diuji dengan sedikit ujian tapi mengeluh mcm la ujian tu berat...tapi aku hanya manusia biasa yang tak lari dari keluh kesah....aku cuma mampu berdoa dan berharap agar kebahagian yg suatu masa dulu menjadi milik aku akan tetap aku miliki.... :)

Kepada insan-insan yang telah membuat hidup aku kucar kacir...sedar la bahawa di dunia ko terlepas...di akhirat ko akan dapat pembalasannya...amin....

Thursday, July 8, 2010

Jiwa Mati

Ermm..da lama tak tulis kat blog....ermmm arini rasa nak luahkan ketidakpuasan hati kat sini....perlu ke seorang pegawai ugut anak buah nya atas kesilapan2 kecil yang tidak disengajakan dengan hendak memotong markah LNPT??? huhuhu...itu la yg terjadi di tpt aku skang....susah utk aku berkata2....tapi realitinya mmg sakit dan tensen.....kalo boleh dia tak nak ada langsung kesilapan daripada anak buahnya....ermm...tolong arrr aku ni MANUSIA....MANUSIA tak lps dari wat kesilapan walaupun kesilapan itu hanya typing error atau kesilapan lain....aku cuba wat sehabis baik keje yg diberikan....tapi tadi aku dpt hanya satu kemarahan...ok..kemarahan atau teguran utk menjadi baik tapi x yah la smpi tanggapan ko sbg pegawai yg beranggapan anak buah ko x de keje langsung or ada keje tapi masih ada waktu singgang or senggang tak tau la mana satu ejaan yg betul....huhuhu

apa lagi expectation dia kepada aku dan kawan2 aku yg lain....kitaorg wat keje sehabis baik....apa lagi yg kene.....smpi skang tanggapan dia masih juga begitu...nak kuar dari situ tak leh...skang da kene sekat...kene tgu 5-8 thn utk jawatan yg x sensitif dan 3-5 thn utk jawatan sensitif....thn ni genap 3 thn....sanggup ke aku nak tgu lagi 2 thn min dan 5 thn max??? moga Allah tabah & cekalkan hati aku ini utk terus berada di situ.....

Tuesday, June 1, 2010

Terbanglah Sayang

ermm...tajuk tu merupakan tajuk novel yang baru bis aku baca pagi tadi...lps baca buku tetiba aku rasa mcm 'teruja' nak berkenalan ngan org TUDM...hahhahaha..mcm mana aku leh terpk smpi mcm tu pun aku tak tahu...tapi aku rasa mcm best je kalo dpt berkawan ngan org mcm tu...hahhahahahha..giler...mmg giler...padahal aku mmg tak suka org yg beruniform...tapi ntahla...novel tu tlah merubah pemikiran dan hati aku...apa2 pun itu hanya khayalan...lagipun aku mana ada kawan ngan org2 TUDM walaupun umah (kat Ipoh) dkat ngan base TUDM...tapi aku pelik la smpi skang ni hati aku masih dlm keterujaan...ermm..huhuhu